Blog pada awal kemunculannya pada akhir
tahun 2002 secara rasminya oleh Google telah memberi platform
kepada orang ramai yang gemar menulis secara online. Blog kebiasaannya dimiliki
oleh secara perseorangan seperti media sosial lain tetapi turut di gunakan oleh
kumpulan atau pertubuhan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Technrati (2006), bilangan pengguna blog di
seluruh dunia meningkat sebanyak 32.4 billion sehingga penghujung Mac 2006. Di
blog kita dapat meletakkan berbagai-bagai perkara seperti gambar, video,
catatan, pautan link, iklan, perkongsian media sosial yang lain, cara untuk
menghubungi dan sebagainya. Segala-galanya ada di dalam satu pages.
Terdapat
banyak kegunaan blog yang semakin meluas penggunanya dari ke hari. Antaranya
ialah bertujuan untuk berbisnes, berkempen, pengembaraan, menyampaikan ilmu
pengetahuan, perkongsian pengalaman dan sebagainya. Namun kebiasaannya pengguna
lebih ramai menjadi kan blog sebagai online diary menceritakan kisah-kisah
kehidupan mereka dan berkongsi pahit manis dalam mengalami sesuatu perkara.
Secara tidak langsung dapat mengumpul pembaca-pembaca yang mempunyai
permasalahan atau pengalaman yang sama dengan bertukar-tukar pendapat di
bahagian komentar.
Blog yang popular biasanya mempunyai
pengikutnya yang sendiri yang sentiasa menantikan admin nya update entri-entri
yang baru dan segar. Namun bagi blogger yang mempunyai ramai pengikut ini
kebiasaannya akan membuat draft, membuat kajian sebelum menerbitkannya kerana
hasil tulisannya itu akan di jadikan rujukan bagi pembaca-pembaca di luar sana
dan berbahasa lebih profesional. Antara blogger-blogger terkenal di Malaysia
ialah Fatin Liyana, Cik Epal, Ben Ashaari, Maria Elena, Irene Marcello dan
sebagainya. Pengikut-pengikut setia blogger ini akan sentiasa mengikuti
perkembangan mereka dan mendapatkan info-info terbaru.
Namun begitu, blog juga akan mendatangkan
malapetaka jika disalahgunakan. Blog tidak seharusnya digunakan untuk
menyebarkan fitnah sehingga boleh di jadikan kes saman seperti kes Papagomo
terhadap Dat Seri Anwar Ibrahim. Malah blog-blog hiburan juga dikaitkan dengan
fitnah terhadap artis-artis sehingga mendatangkan aib kepada individu-individu
terbabit. Seharusnya sebagai blogger yang beretika harus memikirkan rasional
dan kebenaran sesuatu entri sebelum menerbitnya supaya tidak mendatang kesan
yang buruk pada kemudian hari.
Rujukan:
Rettberg, J. W. (2008). Blogging. UK: Polity
Press.
http://www.academia.edu?6463723/KOMPONEN_2
blog sebenarnya banyak kegunaannya bagi mereka yang minat menulis, kerana blog merupakan salah satu tempat untuk berkongsi idea atau cerita yang terjadi pada seharian dalam kehidupan seseorang. blog semakin hari semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kerana melalui blog kita akan dapat pelbagai maklumat tetapi blog juga perlu digunakan dengan sebaiknyadan bukannya tempat menyebarkan fitnah. sememangnya blog adalah antara tempat yang bebas bagi seseorang menyebarkan buah pendapat tentang sesuatu isu namun ia juga harus ada batasannya kerana untuk mengelak daripada menyebarkan maklumat yang palsu dan akhirnya boleh mengundang musibah terdapat blogger itu sendiri.
ReplyDeleteBlog semestinya akan mendatangkan kesan baik dan buruk, bergantung kepada cara kita menggunakannya. Tetapi, sebagai mahasiswa, kita seharusnya lebih peka dengan undang-undang yang mengikat kita. Dengan peningkatan yang drastik dalam pendaftar blog, kita perlu semakin waspada dengan pendaftar yang mungkin masih muda yakni remaja. Golongan seperti ini, boleh dididik dengan penggunaan media sosial secara positif, dan pentingnya kita dalam memainkan peranan sebagai mahasiswa dalam memberikan maklumat yang bertepatan kepada mereka yang mungkin menjadi pengikut kita dalam blog.
ReplyDeleteactually ikut pada individu tersebut dalam menggunakan aplikai ni untuk kebaikkan ataupun keburukkan. sesetengah orang menggunakan blog ini sebagai sumber pendapatan dan ada juga boleh di sabitkan kesalahan dengan status yang di upload di blogtersebut. justeru itu jadilah pengguna yang bijak. namun agak sukar untuk menyekat diri dalam mempelbagaigunakan blog ini. blog adalah ruang bebas untuk kita ekspresi kn diri sendiri di dalam lubuk hati terus kepada penulisan. jadilah blogger yang bijak dalam menulis sesuatu di blog anda
ReplyDeletekebanyakkan blog yang saya baca adalah menggunakan bahasa yang mudah difahami, terdapat unsur humor dan tidak menggunkan bahasa singkatan seperti yang digunakan dalam SMS.sesuatu blog itu akan mendapat ramai pengikut jika penulisan mempunyai pengajaran dan tips-tips tertentu. Penulis blog juga harus ingat bahawa setiap penulisan yang ditulis haruslah tidak mempunyai unsur-unsur fitnah , hasutan kepada mana-mana pihak kerana ia mungkin membawa kesan buruk kepada penulis itu sendiri
ReplyDeleteSememangnya blog telah menjadi trend dan merupakan suatu platform bagi orang ramai dalam mengutarakan pendapat mahu pun pandangan mengenai yang mereka fikirkan. Blog juga memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat serta isu-isu semasa. Pelbagai kelebihan dan keburukan didapati menerusi penggunaan blog.Antara kebaikan yang dapat kita lihat adalah blog dapat disebarkan dengan cepat malah menjimakan masa dan kos semua pihak.Blog juga memberi pendedahan yang meluas tidak tertakluk kepada sesetengah individu mahu pun tempat malah ia merangkumi seluruh dunia.Namun begitu, setiap kelebihan sudah tentu ada kelemahannya. Blog menjadi keburukan apabila ia menjadi medium bagi sesetengah pihak untuk menyuarakan,menerbitkan, mahu pun menyebarkan apa yang tidak sepatutnya
ReplyDelete