Multicursor - Working In Background Fredzelletech: Pemain tegar permainan atas talian sebagai kerjaya profesional atau penghancur masa depan ?

Pemain tegar permainan atas talian sebagai kerjaya profesional atau penghancur masa depan ?

                                        https://www.youtube.com/watch?v=VrnHJ1Ea6do
Pada pendapat anda adakah pemain tegar permainan atas talian ini mampu bertindak sebagai kerjaya profesional atau penghancur masa depan ?

Seringkali kita mendengar bahawa berbagai bagai jenis permainan atas talian yang ditawarkan kepada semua pengguna masa kini. Dalam video yang dikongsi di atas, kita boleh saksikan bahawa ada sesetengah pemain yang sanggup berkorban wang dan masa demi menjadi pemain tegar seterusnya berusaha untuk mencipta nama. Pada pendapat anda, adakah pemain tegar permainan atas talian ini akan menjadi kan aktiviti mereka sebagai batu loncatan sebagai pemain profesional atau penghancur masa depan kepada mereka yang meminatinya.

7 comments:

  1. saya berasa sangat terkejut apabila kumpulan permainan dota yang diketua oleh Mushi bermain permainan dota ini minimum 8jam sehari dan juga 12jam sehari sekiranya terdapat pertandingan. sangat mengejutkan kerana sepruh dari hari mereka dengan menghadap komputer bermain games. namun ini adalah kerjaya bagi mereka yang bermain secara professional. namun begitu, mereka juga menitik beratkan soal kesihatan dengan bersukan. mereka bermain permainan badminton bagi memberi tumpuan dan kesihatan diri kerana mereka duduk dihadapan komputer bagi jangka masa yang lama dan menjadikan mereka cepat letih. dengan bersukan dapat mengembalikan semula kecergasan mereka dan juga ketajaman dalam memberi tumpuan ketika permaina Dota. apa yang menarik sekali permainan ini tidak mengira bangsa dan agama kerana did alam kumpulan mereka ini terdapat seorang remaja berbanga melayu dan tidak berkomunikasi di dalam bahasa mandarin namun mereka dapat bekerjasama di dalam permainan video tersebut. ini membuktikan permainan dota ini tidak menghalang dalam sesiapa yang meminati permainan ini. pada awal penglibatan mushi beliau mendapat tentangan daripada keluarga dan dia juga tidak menghabiskan pengajian di sekolah. namun atas minat ynag mendesak menjadi seorang permain dota professional dia telah membuktikan kepada keluara beliau bahawa wang yang dimenagi darpada permainan dota telah membantu keluarga mushi yang sedang mengalami masalah keangan. jelas disini menunukkan bahawa permainan video ini juga memberi kesan yang positif dan menjana pendapatan kerana bermain secara fokus dan professional. selepas memperoleh kejayaan akhirnya keuarga Mushi menyokong sepenuhnya permainan dota ini sebagai salah satu kerjaya .permainan ini juga telah mencapai tahap asia dan mewakili negara asia di peringkat antarabangsa. bukan sahaja menjadi salah satu sumber kewangan malahan mengharumkan nama negara hanya melaui permainan dota.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya, permainan atas talian lebih ini lebih kepada membawa kesan buruk. Hal ini demikian kerana, jumlah jam dan usaha yang dihabiskan ketika bermain sangat tidak berbaloi dengan kejayaan yang mereka peroleh. Memang benar, sesetengah daripada mereka telah menjadi profesional dalam permainan yang digemari mereka, namun, industri permainan atas talian tidak lah sebegitu besar sehingga mampu untukmengaji ramai orang pakar untuk perniagaan mereka. Jika difikirkan, adalah lebih baik jika kepakaran mereka disumbangkan dan diasah dalam perkara lain. Hal ini demikian kerana, mungkin ramai di luar sana yang tidak mendapat kepuasan lain selain berasa permainan tersebut mampu untuk menghiburkan mereka. Bagi saya, wajarkah kita menghabiskan masa dan usaha atas sesuatu yang mungkin tidak memberikan kemudahan kepada kita pada masa akan datang ? Untuk apa menghabiskan masa dan usaha bagi sesuatu yang dilihat sebagai perkara yang tidak menguntungkan ?

    ReplyDelete
  3. bagi saya, permainan atas talian sememangnya terdapat banyak keburukan daripada kebaikan kerana ia sememangnya boleh melekakan seseorang dengan permainan ini. bagi mereka sudah profesional, industri ini sememangnya tidak boleh dijadikan kerjaya tetap kerana industri ini tidak maju seperti industri lain. selain itu juga, permainan ini sememangnya memberi impak yang kritikal kepada pemainnya , mana tidak nya sehingga lupa hendak makan, lupa untuk bersosial kerana terlalu asyik dengan permainan ini. tambahan lagi, permainan atas talian ini juga menyebabkan seseorang itu taksub dengan benda yang tiada faedah tanpa menghiraukan masyarakat sekeliling.

    ReplyDelete
  4. pendapat saya, permainan atas talian lebih banyak memberikan kesan buruk berbanding yang baik. saya menyatakan demikian kerana ada sesetangah orang sanggup menghabiskan masa dengan bermain games selama berjam-jam lamanyatanpa melakukan kerja lain. mereka makan , dann tidur di hadapan komputer. berdasarkan pembacaan saya seperti yang dikongsikan di facebook, ada beberapa orang yang mati ketika bermain games kerana mereka begitu taksub dengan permainan sehingga menyabaikan kesihatan.

    ReplyDelete
  5. Permainan komputer ini sebenarnya ada kesan negatif dan positifnya tersendiri... walaubagaimanapun jika tidak dikawal ia akan menyebabkan ketagihan berlaku.. apabila berlakunya ketagihan pada permainan komputer ini ia sudah tentu akan memberikan banyak impak yang negatif kepada remaja sebagai contoh sikap malas, kurang aktiviti luar, leka pada alam maya, pelajaran terabai, kurang kemahiran insaniah, cetek pengetahuan am, pemikiran terganggu dan banyak lagi.. dengan kata lain jika permainan komputer ini tidak dikawal ia akan menyebabkan masa depan seorang remaja akan merosot.

    ReplyDelete
  6. Walaupun kepakaran bermain games boleh membawa keuntungan wang buat sesetengah individu tetapi saya tetap tidak yakin dengan kesannya dalam jangka masa yang panjang. Menjadikan games sebagai kerjaya kurang menjamin kecerahan masa depan. Gamers setiap hari semakin bertambah dan semakin tajam skill mereka. Pemenangnya hanya lah seorang dan mereka menghabiskan masa untuk mendapatkan wang yang dikhaskan untuk seorang? Berbanding dengan makan gaji, setiap hujung bulan kita pasti akan mendapat upah dan mempunyai simpanan, insurans, pelaburan atau apa-apa sahaja untuk kegunaan masa depan. Malah apabila seharian menghadap komputer sahaja, kehidupan sosialnya pasti musnah. Dia menjadi seorang yang 'introvert' dan kurang interaksi dua hala dengan orang luar. Bagi saya untuk bermain games bagi mendapatkan pendapatan boleh tapi hanyalah untuk sampingan sahaja bukan sepenuh masa.

    ReplyDelete
  7. Bagi saya, permainan atas talian ini merupakan satu bentuk sukan melalui e-sport. Pada tahun 2012 mereka ini pernah diiktiraf oleh menteri belia dan sukan malaysia kerana pencapaian mereka mengharumkan nama negara apabila mendapat tempat ketiga dalam pertandingan DOTA INTERNATIONAL TOURNAMENT. Bagi saya, permainan atas talian ini dapat dijadikan satu kerjaya yang menjamin masa depan. Contohnya, seorang remaja berusia 15 tahun yang berasal dari Pakistan yang bernama Sumail telah dapat membantu keluarganya setelah beliau dan kumpulannya berjaya memenangi kejohanan dota peringkat asia dan membawa pulang wang tunai 100 000 usd setiap sorang.

    ReplyDelete