Multicursor - Working In Background Fredzelletech: Blog : Hampir kesemua daripada kita memilikinya

Blog : Hampir kesemua daripada kita memilikinya

      Di Malaysia, blog bukan lagi benda yang asing kerana penggunaannya begitu meluas sehingga lahirnya blogger-blogger terkenal Malaysia. Blog adalah satu medium bagi pengguna untuk mencari info-info, meluahkan perasan, berkongsi pengalaman, berniaga dan sebagainya. Pendek kata, blog boleh digunakan untuk pelbagai fungsi di samping dapat berkenal-kenalan dengan rakan-rakan di alam maya. Terdapat ramai blogger yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia antaranya blog Fatin Liyana, Ben Ahmad, Cik Epal, Irene Marcello,  dan sebagainya.
     Namun blog yang menjadi pilihan kegemaran saya ialah blog Fatin Liyana. Hal ini kerana saya sangat seronok membaca nukilannya yang cukup santai dan bermanfaat. Admin juga menggunakan bahasa yang baik dan kelakar. Gaya penulisannya yang santai kena dengan jiwa remaja saya yang tidak beberapa suka dengan penggunaan ayat skema. Admin juga mesra dengan membalas komen-komen pengikutnya yang ditinggalkan di blognya. Liku-liku kehidupannya sebagai serang pelajar perubatan di Indonesia sehinggalah pulang kembali ke Malaysia di ceritakan dalam blognya secara tidak langsung saya dapat mengetahui bagaimana kehidupan serang pelajar perubatan.
      Tambahan pula, beliau sentiasa mengulas tentang produk-produk kecantikan yang beliau guna sekali gus memberi panduan kepada saya untuk menjaga kecantikan sepertinya. Fatin Liyana juga mencoretkan perjalanannya ke beberapa buah tempat seperti Korea, Indonesia, India dan sebagainya. Secara tidak langsung memberi panduan kepada pelancong mengunjungi tempat-tempat yang disarankan olehnya.


6 comments:

  1. sememangnya hampir kesemua individu mempunyai blog kerana mereka ingin berkongsi pengalaman dan juga berkongsi informasi. ianya sangat bagus kerana boleh menambah pengetahuan pada orang yang tidak pernah mengalaminya sebelum ini dan akan lagi teruja untuk merasainya. secara tidak kita akan tahu apa yang kita tidak pernah mengalaminya. contoh seperti blogger yang admin minat iaitu Fatin Liyana secara tidak langsung kita akan tahu bagaimana kehidupan sebagai pelajar perubatan yang berda di negara orang. sudah tentu perkara itu berbezakan.

    ReplyDelete
  2. Kisah menarik yang diceritakan Fatin Liyana mampu untuk menarik ramai pengikut, perkara itu tidak dapat dinafikan, kerana lumrah manusia sebagai makhluk yang suka mengetahui pelbagai jenis cerita. Hal ini boleh dikatakan perkara biasa bagi semua pemilik blog, yang rata-rata memilih untuk menjadikan blog mereka sebagai dairi atas talian, yang mana mereka gemar menceritakan kisah mereka serta gemar membaca kisah orang lain. Bagi saya, blog yang mampu menarik minat seharusnya tidaklah perlu diikuti dengan ayat yang formal, yakni blog itu diangkat sebagai dairi penulis blog, jadi ciri-ciri santai yang dimiliki penulis menjadi sebab ada sesetengah mereka diikuti ramai.

    ReplyDelete
  3. bagi saya pula Lyssa Faizureen merupakan salah seorang blogger yang tak penah lokek berkongsi maklumat melalui blog beliau mengenai blogging. pelbagai tips dan juga informasi menenai penggunaan blog boleh di pelajari dengan mudah. blog sebegini sangat bagus bagi membantu blogger yang baru berkecimpung di dalam dunia blog. malahan tutorial yang di beri sangat mudah difahami dan di ikuti

    ReplyDelete
  4. Saya juga gemar membaca blog Fatin Liyana kerana banyak perkara yang diceritakan di dalam blognya. Beliau menjadikan blog seperti jurnal dalam kehidupannya dan sering berkongsi cerita dengan pembaca yang sering menanti setiap entri yang akan dikeluarkan. Malah, setiap entri yang dikeluarkan memberi banyak info dalam kecantikan, pelancongan dan banyak lagi.bagi sya , blog-blog seperti inilah yang boleh memberi pengajaran dan maklumat kepada setiap pembacanya

    ReplyDelete
  5. dasawarsa blog dijadikan sebagai jurnal atas talian masing-masing. pelbagai informasi mengenai kehidupan seharian, kesihatan, budaya, politik, pengalaman hidup, destinasi pelancongan menarik dan banyak lagi dapat dikongsi kepada orang ramai.gaya penulisan dan makumat yang disampaikan memainkan peranan penting untuk menarik perhatian lebih ramai pembaca dan pengunjung blog.

    ReplyDelete
  6. Jackpot City - Casino - Dr.MD
    Jackpot City In the early days of the Casino 성남 출장샵 online platform, it was 문경 출장샵 regarded 수원 출장샵 as one 서울특별 출장마사지 of the finest and most respected casinos in the 이천 출장샵 world,

    ReplyDelete