Multicursor - Working In Background Fredzelletech: Fredzelletech Vlog

Fredzelletech Vlog

Video ini dihasilkan sebagai salah satu tugasan kumpulan bagi subjek SSK 3054 New Technologies Of Human Communication, Video yang dihasilkan oleh kami sendiri ini menekankan mengenai topik Nomophobia, sekaligus mampu untuk menggambarkan realiti kehidupan sekarang. Moga bermanfaat untuk semua penonton dan moga kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang dianggap sebagai fobia ini.




6 comments:

  1. selepas saya menonton video ini baru saya betul-betul faham apa itu nomophobia. dimana individu yang tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit mereka. dan saya juga mungkin tergolong dalam golongan seperti ini. satu video yang sangat menarik dan kreatif . terbaik !

    ReplyDelete
  2. walaupun vlog inni di buat oleh golongan mahasiswa yang masih boleh dikatakan baru dan amatuer namun penyampaian mesej dapat disampai dengan baik sekali. kita tidak sedar akan keadaan NOMOPHOBIA ini di hidapi oleh hampir semua pemilik gadget dan telefon pintar masa kini. penggunaan yang terlalu bergantung kepada peralatan gadget ini telah menjadi kan kita lupa akan kegunaan nya hanya sebagai membantu di dalam berkomunikasi, namun kini seperti kita dipergunakan oleh gadget tersebut. tanpa kita sedar situasi nomohobia ini juga boleh meragut ataupun paling tidak hampir mencederakan kerana lalai dengan aplikasi di gadget tersebut sehingga lupa akan keadaan sekeliling. sebagai contoh dalam vlog di atas ni terdapat beberapa contoh kemalangan terjadi seperti hampir terjatuh di tangga, kemalangan pejalan kaki dan penunggang basikal bahkan yang berjalan kaki turut terima nasib sama seperti jatuh tersembam di tanah dan melanggar pintu. bag saya cara kita yang menggunakan aplikasi tersebut perlu lah bijak dan jangan terlalu leka sehingga membahayakan. selain itu terdapat juga berita yang membuat liputan tentang pemanduan kenderaan sambil mengambil gambar hingga nyawa melayang. jadi jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati kerana malamng tak berbau. gunakan teknologi sebaik mungkin bukan nya dipergunakan oleh teknologi.

    ReplyDelete
  3. Video yang dihasilkan sudah semestinya ialah video yang berdasarkan kepada realiti. Memang benar, ramai antara masyarakat sekarang yang mengalami simptom Nomophobia ini, Tidak dapat dinafikan dengan kemudahan teknologi yang semakin berkembang menjadi faktor kepada situasi ini. Seharusnya, kita tidak meletakkan gajet sebagai salah satu bahan utama dalam kehidupan seharian kita. Ramai antara kita yang meletakkan gajet sebagai teman akrab berbanding individu, sehingga wujud situasi yang mana gajet ialah perkara pertama dalam senarai wajib ketika keluar bersosial. Bagi saya, apakah gunanya jika kita keluar untuk bersosial tetapi masih bersosial dengan gajet sahaja ?

    ReplyDelete
  4. melalui video ini dapat kita lihat bagaimana simptom nomophobia boleh dikenalpasti dan boleh dikatakan setiap individu yang mempunyai telefon pintar atau smartphones mempunyai simptom ini secara sedar atau tidak sedar. sehingga kadang kala , mereka ini lebih mementingkan gadjet mereka berbanding berkomunikasi dengan orang lain yang berada di sekeliling mereka .

    ReplyDelete
  5. video yang baik untuk memahami apa itu nomophobia.secara tidak langsung ramai antara kita yang tanpa sedar dan sebagian besar masyarakat dunia telah mengalami syndrome nomophobia (no mobile phone phobia) ini termasuklah diri saya sendiri. disini kita dapat lihat bagaimana pengaruh media baru terhadap masyarakat sehingga wujudnya penyakit atau syndrome ini.

    ReplyDelete
  6. Dalam masa 4 minit sahaja, saya dapat mengetahui hampir keseluruhan mengenai Nomophobia. Dan saya mulai sedar yang saya salah seorang daripadanya. Video ini sangat ringkas, mudah difahami dan bermanfaat kepada golongan generasi Y seperti kami supaya tidak terlalu taksub terhadap gadget. Good job guys!

    ReplyDelete