Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin ramai antara kita yang dah mengetahui berbagai jenis blog yang terdapat sekarang, yang lebih memfokuskan kepada kumpulan yang mereka wakili.
Kali ini, saya akan menunjukkan satu contoh blog yang lebih meletakkan wanita yang berpenyakit sebagai sasaran mereka.
Pautan di bawah merupakan alamat bagi kita yang mungkin berminat untuk menjenguk atau melawat blog tersebut. www.rwgdocs.com/blog
RWG ialah singkatan daripada Renaissance Women's Group, blog ini bertujuan untuk pakar
berhubung dengan pesakit mereka secara atas talian, menyediakan portal kepada pesakit serta membolehkan pesakit membuat temu janji dengan doktor melalui pautan borang temujanji yang disediakan. Blog in berfungsi sebagai Pusat Perkhidmatan Texas Tengah, iaitu di bawah seliaan CTOA, Central Texas OB/GYN Associates.
Ini merupakan laman utama bagi blog tersebut
Berdasarkan kepada soalan yang sedia ada, saya telah menganalisis blog tersebut.
i. Siapakah kumpulan sasaran yang dikhaskan bagi blog tersebut.
Mereka meletakkan golongan wanita yang mempunyai penyakit berkaitan gynecology dan obstetrics sebagai golongan sasaran yang menjadi ahli dalam blog tersebut. Selain itu, blog ini juga menekankan bahawa mereka akan memberikan perkhidmatan sempurna yang merangkumi segala aspek dalam kehidupan seorang wanita, dari peringkat mereka mencapai tahap akil baligh, kepada tahap kehamilan dan seterusnya tahap menopause.
Gambar di bawah ialah gambar mengenai borang menjadi ahli blog dan pesakit,
ii, Siapa yang dibenarkan untuk menjadi ahli dalam blog tersebut, dan bagaimana mereka boleh menjadi sebahagian drpd ahli blog tersebut.
Golongan wanita yang mempunyai masalah kesihatan sekitar Texas menjadi mereka yang diberi keutamaan dalam menjadi ahli blog tersebut, untuk menjadi ahli, blog tersebut menyediakan pautan kepada mereka untuk mendaftar atas talian. Setelah mendaftar, mereka akan secara automatik menjadi pesakit dan boleh mengakses portal pesakit.
Gambar menunjukkan pautan ataupun blog khas untuk pesakit yang mendaftar.
iii.Bagaimana blog tersebut menangani perbezaan pendapat dan ketidaksetujuan daripada pengguna dan pelawat.
Dalam blog ini, mereka meletakkan satu jenis borang untuk memberikan maklum balas terhadap pihak mereka, selain itu, bahagian pautan untuk tinjauan mengenai perkhidmatan mereka juga disediakan untuk membolehkan sebarang maklum balas dan komen mengenai perkhidmatan mereka dilakukan pengguna dan pelawat.
Rujukan
www.rwgdocs.com/blog
Pada saya, blog dengan kumpulan sasaran masing-masing secara khususnya bermanfaat utk pengguna blog tersebut dan juga pemilik blog tidak kiralah persendirian mahupun seperti di atas. Hal ini demikian kerana, mereka yang berkaian mudah untuk mencari paltform yg sah dan rasmi bagi sebarang urusan, sekaligus memudahkan urusan bagi perkara yang spesifik. Bagi saya, blog yang berdasarkan dengan golongan sasaran masing-masing ini sangat bermanfaat, kerana secara tidak langsung memudahkan pengguna dan pemilik.
ReplyDeleteBagi saya, blog seperti di atas lebih bagus, bermanfaat dan mendatangkan kepentingan kepada sesetengah individu. Sy berpendaapt sedemikian kerana terdapat sesetengah orang yang berasa malu, rendah diri dan kurang keyakinan diri disebabkan masalah tertentu. dengan adanya blog-blog khusus seperti ini, mereka lebih berasa terbuka untuk bertanyakan soalan atau berkongsi pendapat dan cerita antara satu sama lain.
ReplyDeleteSaya rasa pembuatan blog ini sangat bijak dalam mendekati individu-individu yang tidak mempunyai keyakinan untuk berjumpa doktor, tiada masa untuk bertemu janji dengan pakar kesihatan dan sebagainya. Dengan kemajuan yang dialami pada zaman kini, bukanlah lagi satu halangan untuk kita melakukan apa yang kita mahu. Segalanya ada di hujung jari dan hidup kita boleh berubah dengan wujudnya kemudahan-kemudahan yang diberikan.
ReplyDeletesepatutnya blog sebegini patut di wujudkan oleh kementerian kesihatan Malaysia (KKM) kerana wanita berkerjaya mahupun suri rumah mudah untuk mengakses maklumat dan membuat perkongsian tentang penyakit yang mereka hidapi dengan pakar kesihatan. penggunaan blog yang sangat bermanfaat seperti ini amat kuraang sekali kita dapat lihat ataupun mungkin kurang di ketengahkan.
ReplyDeletePada pendapat saya, kewujudan blog seperti sangat bagus kerana secara tidak langsung ia boleh membantu individu -individu yang trauma atau kurang berkeyakinan untuk bersemuka dengan doktor. begitu juga dengan mereka yang bekerjaya semestinya mereka tiada masa untuk berjumpa doktor tetapi dengan adanya blog seperti ini dimana-mana sahaja mereka boleh mendapatkan informasi dan juga bertanyakan soalan kepada pakar tersebut. saya sangat setuju dengan saudari Noratika Esa, Kementerian Kesihatan Malaysia juga sepatutnya mewujudkan blog seperti ini supaya rakyat malaysia dapat mendapatkan maklumat tentang sesuatu penyakit yang dialami oleh mereka tanpa perlu datang ke hospital dan mengambil masa yang lama untuk menunggu giliran untuk diperiksa.
ReplyDeletekewujudan blog-blog sebegini sememangnya wajar dilaksanakan kerana ia juga merupakan salah satu cara untuk mereka yang kurang keyakinan berkomunikasi mengenai masalah yang mereka hadapi. secara tidak langsung dapat membantu mengatasi masalah mereka dengan adanya nasihat dan maklumat yang diberikan. blog-blog sebegini merupakan salah satu pendekatan terbaik untuk berkomunikasi secara tidak langsung dengan mereka yang bermasalah
ReplyDelete