Multicursor - Working In Background Fredzelletech: Kesan terhadap semua

Kesan terhadap semua



Teknologi Media dan Kesannya Terhadap Pembentukan Identiti Baru

   Dasawarsa perkembangan ekonomi telah membawa kepada pemodenan dan juga pembangunan
teknologi tinggi seiring dengan negara-negara maju yang lain. penggunaan gadjet seperti telefon pintar, tablet, dan sebagainya sudah menjadi trend dalam masyarakat sekarang terutama sekali dalam kalangan anak muda. sememangnya tidak dapat kita nafikan bahawa kemudahan teknologi ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita, terutama untuk tujuan komunikasi antara satu sama lain.  

   Pembentukan identiti dapat kita lihat melalui media seperti Facebook, Twitter dan Instagram dimana mereka menggunakan identiti lain.Penggunaan nama, gambar dan maklumat dalam akaun laman sosial masing-masing adalah palsu dan bukan seperti dalam dunia sebenar. Bagaimana hal ini boleh terjadi dan mengapa ianya berlaku ? 

  Pada pendapat saya identiti baru ini wujud kerana kurangnya keyakinan diri dan ingin menjadi orang lain dan bukan diri sendiri. malah ada segelintir yang menggunakan identiti baru untuk tujuan populariti dan mencari teman hidup. di sini timbulnya konflik dimana ramai golongan wanita terutamanya menjadi mangsa penipuan menerusi alam maya....


6 comments:

  1. mungkin juga terdapat kesan negatif penggunaan laman sosial .. namun kita prlu bijak dalam membuat pilihan untuk menggunakan laman sosial trsebut. bg saya facebook contoh nya terdapat segelintir individu yang mempunyai lebih dri 1 akaun, sebab pertama mgkin juga untk membeza kn fb utk urusan perniagaan dan 1 lagi akaun adalah bertujuan hubungan sosial dengan orang yang di kenali. jd terdapat berbeza penggunaan di sini

    ReplyDelete
  2. bagi saya terdapat kesan negatif malah ada juga kesan positif. namun ia terletak pada diri masing-masing. bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu akuan laman sosial disebabkan mereka inginkan asingkan yang peribadi dengan kerja mereka terutama bagi mereka yang berniaga secara online. yang peribadi hanya untuk orang yang dikenali seperti kawan dan keluarga sahaja supaya terdapat privasi sebab tidak semua perkara harus dikongsi dengan semua orangkan? maka di situ wujud akaun yang palsu dengan identiti baru. mereka sebenarnya ingin mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diinginkan.

    ReplyDelete
  3. Kita seharusnya lebih peka dalam memilih rakan di alam maya, hal ini demikian kerana, pada zaman sekarang, ada antara manusia yang bertekad melakukan apa sahaja untuk mencapai tujuan masing-masing. Mari kita ambil contoh penipuan wang atas talian, ada antara penjenayah tidak menonjolkan imej sebenar, tetapi segelintir mereka berani memperkenalkan diri, hal ini dilihat sebagai satu masalah serius kerana wujudnya mereka yang lebih suka mencipta identiti baru atas tujuan tertentu. Bukanlah kita harus secara penuh tidak patut mempercayai mereka yang menjadi rakan kita di alam maya, namun, kita harus sentiasa berwaspada dalam hal hal sedemikian.

    ReplyDelete
  4. Memang betul banyak kejadian jenayah yang berlaku kini gara-gara penipuan yang berlaku di media-media sosial. Individu yang menipu ini menggunakan identiti lain bertujuan untuk mencari pasangan, membuat jenayah, berbisnes dan sebagainya. Kerana itu, kita tidak boleh percaya 100% kepada orang yang baru di kenali di alam maya kerana kebarangkalian untuk menggunakan identiti palsu sangat tinggi.

    ReplyDelete
  5. ya, banyak identiti baru yang tidak boleh dipercayai dalam media sosial. Ada diantara mereka yang menggunakan gambar orang lain bagi tujuan tertentu untuk memperdaya orang lain sama ada dalam perhubungan, perniagaan dan banyak lagi . Jadi, kita haruslah berhati-hati dalam memilih kawan dalam media sosial kerana tidak semua berlaku jujur

    ReplyDelete
  6. Identiti baru juga boleh melahirkan keyboard warrior, di mana mereka yang kebiasaannya tidak berani menghadapi dunia luar melalui percakapan tetapi berbeza apabila di belakang papan kekunci. Mereka ini lebih berani melontarkan pendapat di atas talian dan berbeza di luar talian. Mereka mencipta identiti di mana mereka lebih berkuasa dan berani jika dibandingkan di dunia sebenar

    ReplyDelete