Multicursor - Working In Background Fredzelletech: adakah anda NAMOPHOBIA

adakah anda NAMOPHOBIA

Tahukah anda kebanyakan daripada kita pada masa kini mengalami NAMOPHOBIA. 



adakah anda tergolong di dalam kategori seperti video yang dekat atas nie....

bagaimanapula jika anda seperti di dalam video di bawah ini...


sebenarnya Namophobia adalah satu term bagi golongan yang takut berjauhan dengan telefon dan lebih mudah didefinisikan "no-mobile phobia"... dasyat sungguh pengguna telefon ni sampai jatuh kes phobia tidak boleh berengan dengan telefon ni.. contoh kes ------->  NAMOPHOBIA dan maklumat lanjut mengenai nya ------>  NAMOPHOBIA

                                                     


terdapat kajian yang dibuat dimana tanpa telefon disisi pengguna tegar ini akan mengalami situasi tanpa kawalan dari aspek mental. Mudah panik apabila terdengar bunyi telefon yang sama, tidak selesa ataupun tidak boleh sendirian tanpa telefon bimbit, bahkan ada yang sanggup bersama telefon bimbit 24jam sehari berbanding keluar beriadah...hhhuuiisshh bahaya betul ni sampai tidak terkawal. kadang mkn dan rutin harian boleh terganggu juga.

cure for phone addiction


jadi sebelum terlambat rawatlah penyakit NAMOPHOBIA ni segera sebelum semakin teruk ya...
pilihan di tangan anda, anda mampu mngubahnya.


contoh kes boleh dilihat melalui link ini   ------->contoh 1   




                                            ----->contoh no 2
          

--------> contoh ke-3   

hhaaaa banyak kan contoh namophobia ni...jadi marilah berubah...kita mengawal bukan kita yang di kawal.



x

7 comments:

  1. Sungguh menarik topik kali ini mengenai namophobia. Tidak sangka pula dalam kalangan kita ada yang namophobia sehingga tidak boleh berenggang langsung dengan gajet. Baru pertama kali saya mendengar mengenai namophobia ini. Setiap orang mempunyai cara hidup yang berbeza. Kaitan antara cara hidup dan namophobia ini amat sinonim kerana ada sesetengah orang yang suka menyendiri di dalam rumah dan tidak bergaul dengan rakan sekeliling. Mereka yang tergolong dalam golongan ini lebih cenderung untuk mengalami namophobia kerana mereka merasakan di dalam dunia mereka sendiri. Setiap masa gajet di dalam genggaman tanpa memandang orang di sekeliling. Sesetengah orang juga mempunyai cara hidup yang suka bersosial dengan rakan-rakan dan lebih suka menghabiskan masa untuk bersemuka berbanding 24 jam menghadap gajet. Golongan seperti ini sukar untuk mengalami namophobia kerana mereka lebih banyak menghabiskan waktu dengan rakan. Namophobia boleh dikategorikan dalam golongan orang yang suka menyendiri, tidak suka bersosial, malu untuk berhadapan dengan rakan dan tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

    ReplyDelete
  2. tanpa kita sedar kita sekarang telah dimanipulasi oleh gadjet dan juga telefon dalam kehidupan seharian. dahulunya peralatan ini di guna pakai sebagai kemudahan dalam berkomunikasi dan juga dalam perhubungan . namun penggunaan tanpa kawalan telah menjadikan kita seperti di belenggu dengan kemudahan ini. malahan penggunaan yang melampau boleh mengakibatkan kehilangan nyawa sendiri dan juga orang yang tersayang. sebelum terlambat terdapat cara untuk mengatasi permasalahan namophobia ini. sentiasa mengamalkan perhubungan yang sihat dan juga beriadah dengan rakan dan keluarga antara cara mengelakkan diri dari namophobia. penggunaan mestilah di tahap yang minimum bagi mengelakkan diri dari mengalami namophobia. kita mampu mengubah nya mengikut kemahuan kita dan keputusan dalam membuat pilihan ada di tangan kita. sebelum terlambat baik berubah ke arah gaya hidup yang sihat.

    ReplyDelete
  3. Kalau boleh kita lihat, gajet sudah semakin mendapat tempat dalam kehidupan kita, malah gajet boleh dikatakan sbgi bahan atau objek wajib utk semua. Kita sering mengaitkan kehidupan kita tidak bererti tnpa gajet, tetapi sedarkah kita bahawa kehidupan kita ini sedikit sebanyak telah kehilangan nilainya. Sebagai contoh yg jelas, ketika duduk bersama rakan di kedai makan, ada antara kita yg lebih mementingkn gajet brbanding rakan. Seakan nilai seorg rakan itu lebih rendah drpd gajet. Hal ini mendatangkn kerisauan yg mendalam, yakni manusia skrg sudah seperti hamba kpd gajet. Kehidupan yg sihat juga boleh brmula tnpa gajet, percayalah kerana tidak ada manusia di dunia ini yg pernah mati kerana tidak dapat selamanya brsama dgn gajet.

    ReplyDelete
  4. saya akui bahawasanya saya juga mungkin tergolong dalam kalangan manusia yang mempunyai sindrom homophobia ini . tetapi masih ada jalan penyelesaian agar kita tidak terus menjadi hamba kepada teknologi seperti gadjet dan sebagainya. setuju dengan pendapat saudari-saudari diatas bahawa gadjet seperti telefon pintar sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita namun kita haruslah bijak dalam menggunakannya jangan lah sampai kita terus menjadi hamba teknologi.

    ReplyDelete
  5. ini kali pertama saya tahu mengenai namophobia. rupa-rupanya manusia zaman sekarang banyak tergolong dalam golongan ini. dimana mereka tidak boleh berenggang dengan gadget masing-masing terutama telefon pintar yang canggih membolehkan mereka melakukan untuk pelbagai kegunaan seperti berkomunikasi di alam maya dan juga menyelesaikan kerja mereka. begitu juga bagi mereka yang ingin mencari maklumat. sekarang maklumat berada di hujung jari sahaja tidak kira dimana jua berada. masalah ini sangat boleh menyebabkan individu tidak hiraukan orang sekeliling dan tidak mahir dalam berkomunikasi secara lisan. hal ini kerana individu tersebut hanya berada dalam dunianya sahaja tanpa mengambil kisah atau mengambil tahu hal yang berlaku sekeliling mereka. maka dengan itu marilah kita berubah daripada menjadi hamba kepada teknologi. jika bukan kita yang mengubahnya , siapa lagi yang akan mengubahnya.

    ReplyDelete
  6. Wow satu perkataan baru yang saya dapat pelajari pada hari ini iaitu namophobia. Saya akui saya tergolong dengan golongan ini kerana hidup saya sudah terbiasa dengan telefon bimbit. Bukan kerana suka berselfie tetapi lebih kepada berkomunikasi dengan rakan-rakan. Memang tidak dapat disangkalkan memang kurang baik tabiat ini kerana kurangnya komunikasi dua hala antara orang terdekat dan menjadikan kita hanya seperti mengadap telefon sahaja. Generasi kini memang sudah sebati dengan penggunaan gadget. Oleh itu sebagai ibu bapa, mereka haruslah mendidik anak-anak supaya tidak menjadi hamba telefon bimbit sejak kecil

    ReplyDelete
  7. Saya akui bahawa mungkin saya juga mengalami simptom nomophobia.Namun, boleh dikatakan sya tidak terlalu obsess dengan gadget ini kerana saya hnaya menggunakannya untuk berkomunikasi sahaja dan hanya menggunkan ia jika saya berasa bosan. Ya, saya sering membawa telefon ke mana-mana sahaja kerana ia merupakan satu alat komunikasi yang penting pada masa kini.

    ReplyDelete