Multicursor - Working In Background Fredzelletech: CITIZEN JOURNALISM

CITIZEN JOURNALISM

                       CITIZEN JOURNALISM

 

 

Citizen journalism berasal dari istilah jurnalistik yang selama ini digunakan untuk menyebutkan bagaimana penglibatan warga yang terlibat dalam bidang pelaporan dan penulisan sebuah peristiwa untuk dipaparkan (Nasrullah, 2012).




Sumber Google



Menurut Cut Chandler dari Penn State University menyatakan Citizen Journalism sebagai aktivitas warga biasa, terkadang melibatkan jurnalis professional, yang berkontribusi dalam pemberita dengan tidak berdasarkan motif ekonomi.

 “Citizen  journalists care about news and want to help make it better, and the explosion of ever-smaller and affordable mobile devices for recording and communicating gives everyone the power to capture and relay news as it happen” (Hicks, 2008)

Citizen Journalism bertujuan mewujudkan penglibatan masyarakat dalam media bebas, tepat, relevan yang bertepatan dengan demokrasi. Citizen Journlism juga menjadi wardah untuk rakyat  yang tidak boleh mengeluarkan pendapat secara bebas terutamanya di internet. Citizen journalism juga memaparkan maklumat yang rakyat ingin tahu bukan seperti organisasi yang hanya akan mengeluarkan sesuatu berita atau maklumat yang dibenarkan oleh kerajaan atau badan yang memerintah untuk menjaga reputasi mereka. 

Berdasarkan video yang disiarkan dalam kuliah pada 30 Mac 2015, apa pendapat anda tentang kewartawanan rakyat dan bagaimana anda menilainya? Adakah ia memberi sumbangan yang positif  atau pun negatif? 


Untuk lebih memahami tentang video tersebut saya sertakan link dibawah : 







Rujukan

Nasrullah, R. (2012). New Media, Citizen Journalism dan Pengaruhnya Terhadap Media Tradisional. Konferensi Nasional Ilmu Komunikasi , 1-21.

Bruns,Axel. (2008a) News Blogs and Citizen Journalism dalam Kiran Prasad (ed). e-Journalism:New Directions in Electronic News Media. New Delhi: BR Publishing.




7 comments:

  1. Masyarakat kewartawanan sememangnya terdapat kebaikan dan keburukan kerana mereka berhak bersuara dalam menyatakan pendapat dan kritikan. Mereka bukannya pengkritik hebat, tetapi mereka bebas dalam menyuarakan isu-isu yang berkaitan di media. Suara masyarakat akan didengari oleh semua pihak termasuklah pihak berkaitan agar dapat diimplementasi. Setiap masyarakat mempunyai pendapat yang berbeza dan berhak bersuara jika ada yang menimbulkan ketidakpuashatian.

    ReplyDelete
  2. bagi pandangan saya pula, mereka yang menjadi wartawan masyarakat ini memang mempunyai kebaikkan namun begitu terdapat kesan negatif. sebab nya kerana wartawan bertauliah mempunyai ilmu dan memahami etika kewartawanan berbanding dengan mereka yang tidak memunyai ilmu kewartawanan. jadi bagaimanakah ianya dapat menjadi asas yang kukuh jika anda sendiri tidak memahami skop tugasan seorang wartawan. seorang wartawan yang berkelayakkan dan berdedikasi selalunya tidak akan melanggar etika kewartawanan dalam melaporkan berita. jadi sebelum kita menjadi sebahagian daripada wartawan masyarakat ada baiknya kita mendalami ilmu kewartawanan sebelum terus melaporkan. ini kerana segala tindak tanduk yang kita lakukan akan memberi kesan terhadap diri sendiri

    ReplyDelete
  3. saya setuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh saudari noratika esa. wartawan masyarakat kurang ilmu berbanding wartawan bertauliah yang sudah mendalami bidang tugas kewartawanan secara meluas. bagi saya wartawan masyarakat sememangnya melaporkan apa yang terjadi di depan mata mereka tetapi tidak semua perkara itu mempunyai kebenaran dan perkara tersebut terjadi mesti mempunyai sebab yang tertentu. oleh itu, untuk menjadi wartawan yang beretika perlulah mendalami bidang tugas kewartawanan dengan lebih mendalam supaya apa yang bakal dilakukan tidak menganiaya orang ramai dan juga tidak mendatangkan kontroversi.

    ReplyDelete
  4. pendapat saya mengenai wartawan masyarakat ini adalah mereka merupakan salah satu landasan untuk masyarakat lain yang tidak berani menonjolkan diri untuk melontarkan masalah atau pendapat .jadi wartawan masyarakatlah yang memainkan peranan dalam menyuarakan apa sahaja masalah yang berlaku disekeliling mereka. namun ada yang menyalahgunakan hak bersuara tersebut dengan menjadi wartawan masyarakat yang tidak beretika, sebagai contoh rakan-rakan kita yang meyebarkan maklumat tanpa mengenalpasti asal usul kesahihan cerita tersebut. ini boleh mendatangkan kesan negatif bukan saja pada masyarakat lain malah kepada diri mereka sendiri.perkara ini sering saya lihat dalam media sosial facebook dan tweeter.

    ReplyDelete
  5. Wartawan warga ini, sedikit sebanyak mendatangkan risiko kepada wartawan perdana. Hal ini demikian kerana, mereka bebas menulis pendapat sendiri dan menerbitkan cerita mengikut gaya penulisan mereka sendiri. Adalah sangat bahaya bagi saya, wartawan warga ini bebas menyuarakan pendapat mereka mengenai sesuatu isu. Seperti kita sudah tidak mempunyai wartawan yg diiktiraf bagi menyampaikan sesuatu isu. Implikasi kweujudan wartawan warga ini juga akan sedikit sebanyak menyebabkan karier wartawan yg berkelayakan ini terjejas, dgn persepsi masyarakat yg dikatakan berubah kepada wartawan brtauliah, dan menyebabkn masyarakat lebih menjurus kpd berita yg disampaikan oleh wartawan warga.

    ReplyDelete
  6. Bagi saya, wartawan masyarakat ini mempunyai kebaikan dan kelemahan. Sya menyatakan demikian kerana wartawan masyarakat bertindak menulis berita tentang sesuatu isu jika mereka beranggapan ia tidak berlaku adil tentang sesuatu dan hanya mahu memperjuangkan suara mereka kepada kerajaan. Kelemahan wartawan masyarakat ini pula adalahmereka kurang pengatahuan dalam bidang kewartawanan yang sebenar dan kurang mengetahui tentang pilisi dan etika kewartawanan.

    ReplyDelete
  7. Wartawan warga merupakan golongan yang menyiarkan berita secara bebas dan bukan golongan yang datang dari bidang kewartawanan. Adalah satu kebebasan dan kepuasan yang dapat diperolehi oleh wartawan warga dalam menyiarkan sesuatu berita tanpa terikat dengan mana mana polisi di mana ia perlu diedit dan diputar belit isinya sebelum diterbitkan. Namun begitu adalah amat berbahaya buat wartawan warga kerana mereka tidak memeriksa kesahihan berita tersebut dan boleh mengundang fitnah. Malah mereka tidak tahu bagaaimana etika kewartawanan yang perlu dijaga sepertimana yang dilakukan oleh wartawan professional.

    ReplyDelete