Apakah perasaan anda tanpa peralatan ini?
Justeru itu, pandangan anda sekiranya perkara ini terjadi...adakah anda pengguna tegar atupun ianya sebagai satu keperluan sahaja.
Sebagai contoh jom saksikan video ini ---------> pengguna tegar ataupun keperluan
Sebenarnya tanpa kita sedar kita telah dikawal oleh gajet dn juga telefon pintar. Dahulu ianya sebagai keperluan tapi kini ramai menggunakan nya mengikut kemahuan dan bukannya sebagai kehendak. Berikut ialah bukti yang menunjukkan penggunaan internet yang semakin meningkat saban tahun.
Year (July 1) | Internet Users | Users Growth | World Population | Population Growth | Penetration (% of Pop. with Internet) |
2014* | 2,925,249,355 | 7.9% | 7,243,784,121 | 1.14% | 40.4% |
2013 | 2,712,239,573 | 8.0% | 7,162,119,430 | 1.16% | 37.9% |
2012 | 2,511,615,523 | 10.5% | 7,080,072,420 | 1.17% | 35.5% |
2011 | 2,272,463,038 | 11.7% | 6,997,998,760 | 1.18% | 32.5% |
2010 | 2,034,259,368 | 16.1% | 6,916,183,480 | 1.19% | 29.4% |
2009 | 1,752,333,178 | 12.2% | 6,834,721,930 | 1.20% | 25.6% |
2008 | 1,562,067,594 | 13.8% | 6,753,649,230 | 1.21% | 23.1% |
2007 | 1,373,040,542 | 18.6% | 6,673,105,940 | 1.21% | 20.6% |
2006 | 1,157,500,065 | 12.4% | 6,593,227,980 | 1.21% | 17.6% |
2005 | 1,029,717,906 | 13.1% | 6,514,094,610 | 1.22% | 15.8% |
2004 | 910,060,180 | 16.9% | 6,435,705,600 | 1.22% | 14.1% |
2003 | 778,555,680 | 17.5% | 6,357,991,750 | 1.23% | 12.2% |
2002 | 662,663,600 | 32.4% | 6,280,853,820 | 1.24% | 10.6% |
2001 | 500,609,240 | 21.1% | 6,204,147,030 | 1.25% | 8.1% |
2000 | 413,425,190 | 47.2% | 6,127,700,430 | 1.26% | 6.7% |
1999 | 280,866,670 | 49.4% | 6,051,478,010 | 1.27% | 4.6% |
1998 | 188,023,930 | 55.7% | 5,975,303,660 | 1.30% | 3.1% |
1997 | 120,758,310 | 56.0% | 5,898,688,340 | 1.33% | 2.0% |
1996 | 77,433,860 | 72.7% | 5,821,016,750 | 1.38% | 1.3% |
1995 | 44,838,900 | 76.2% | 5,741,822,410 | 1.43% | 0.8% |
1994 | 25,454,590 | 79.7% | 5,661,086,350 | 1.47% | 0.4% |
1993 | 14,161,570 | 5,578,865,110 | 0.3% | ||
* estimate for July 1, 2014 Source: Internet Live Stats (elaboration of data by International Telecommunication Union (ITU) and United Nations Population Division) |
Bagi pendapat saya, saya sendiri bukanlah pengguna tegar gajet walaupun saya mempunyai 3 gajet. Setiap gajet tersebut merupakan keperluan saya dan saya tidak merasakan semua itu saya beli berdasarkan kemahuan. Gajet saya sebagai medium untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, simpanan data dan bahan penting seperti nota-nota kelas dan sebagainya. Untuk kita menilai sesebuah gajet itu berdasarkan kemahuan atau keperluan, itu perlu kita tanya pada diri sendiri dan menilainya. Jika seseorang itu menggunakan gajet untuk kebaikan diri mereka, maka ia sebagai keperluan diri mereka. Jika seseorang itu menggunakan gajet untuk bermegah-megah dan bersaing dengan rakan, maka ia sebagai kemahuan. Semua itu bergantung kepada diri sendiri, Tepuklah dada, tanyalah selera.
ReplyDeletewahh sampai 3-5 gadjet sebagai bantuan dalam melaksanakan tugasan harian ini bagi saya agak membimbangkan. tambahan pula kini pelaksanaan GST yang baru sahaja dilancarkan pada 1 april sudah cukup membebankan bagi sahaja. bayangkan jika 1 kemudahan yang digunakan dikenakan caj GST dan jika lebih daripada 1 sudah berapa pula jumlah keseluruhan caj dan pemakaian. sudah tentu amat membebankan bagi saya. alangkan penggunaan 1 telefon bimbit sahaja telah gusar jumlah kos tambah nilai ini kan pula lebih. bagaimana anda mengatakan ianya memudahkan??
ReplyDeletesaya juga mempunyai 3 gadget , ia sangat membantu saya dalam melakukan aktiviti seharian. tetapi ia perlu digunakan secara berhemah supaya kita sebagai manusia yang bernyawa dan yang boleh berfikir supaya tidak menghambakan kepada gadget. gadget harus digunakan secara terkawal supaya ia tidak melekakan kehidupan kita. betul saudari noratika esa sekarang kemudahan ini telah menjadi beban kepada kita terutamanya kita yang bergelar pelajar yang tidak mempunyai aset dan hanya mengharapkan belas ehsan keluarga untuk menanggung perbelanjaan seharian kita.
ReplyDeletesetuju dengan pendapat saudari mirazikin... penggunaan gadjet sememangnya penting dalam kehidupan kita sekarang. tetapi cara bagaimana kita menggunakan gadjet tesebut adalah lebih penting supaya kita tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan.Tiada siapa larang kita untuk memiliki lebih dari satu gadjet tapi kita perlu ikut kemampuan sendiri dan pandai menggunakannya untuk perkara-perkara yang berfaedah..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKita sebagai manusia sudah menganggap gajet sebagai sebahagian daripada diri kita sendiri, namun, pd pendapat saya, adalah sgt tidak wajar dgn meletakkan internet dan gajet sebagai keoperluan wajib, walaupun zaman sekarang meletakkan internet sebagai salah satu medium penting utk terus brhubung. Walaupun ramai antara kita mengatakan bahawa menggunakan internet lebih menjimatkan berbanding menggunakan kredit dlm berhubung, harus kita ingat bahawa internet juga memerlukan perbelanjaan dlm usaha mendptkn internet. Harus diingat bahawa, kita perlu membezakan antara keperluan dan kehendak sendiri kerana kebergantungan kita terhadap internet yg begitu tinggi boleh menyebabkan kita tidak sedar dgn persekitaran dunia sebenar iaitu lebih berhubung di dunia internet
ReplyDeleteBagi saya, saya bukan pengguna tegar gadjet kerana saya hanya menggunakan sebagai keperluan sahaja. Saya menggunkan gadjet yang ada untuk membantu memudahkan kerja saya. saya bukanlah terlalu taksub dengan gadjet ini sehingga mengabaikan keluarga, rakan-rakan dan persekitaran. ia hanya digunakan untuk keperluan sahaja.
ReplyDeleteYa. Saya salah seorang penggemar gadget tetapi terhad kepada telefon bimbit sahaja. Hal ini kerana gadget sekarang amat penting pada zaman kini kerana kita semua berkomunikasi menggunakannya. Tanpa telefon bimbit terasa kehidupan tidak lengkap malah sukar mendapat update semasa jika kita mempunyai tugasan atau masalah yang perlu diselesaikan. Saya rasa adalah mustahil manusia dapat hidup tanpa gadget. Malah dengan penggunaan sosial yang semakin meluas sekarang, kita sentiasa mendambakan maklunat terbaru dan berita hangat dari rakan rakan. Di mana lagi mahu mendapatkannya selain daripada gadget. Okeh itu adalah penting untuk kita berpada pada dalam penggunaan gadget agar tidak terlalu obses yang boleh mengakibatkan kesan buruk pada masa yang panjang.
ReplyDelete