Cipta
identiti baru dalam media baru. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku??
Satu perkara penting yang
merealisasikan proses globalisasi ini adalah perkembangan teknologi komunikasi.
Melalui jaringan sistem komunikasi seperti Internet, telefon, ataupun media
global dunia telah "dikecilkan" dengan memungkinkan hubungan yang
merentasi sempadan negara dilakukan dengan begitu mudah sekali. Begitu juga
halnya diperingkat individu di mana dunia menjadi semakin rapat kerana kita
mempunyai peluang menggunakan alat teknologi komunikasi untuk memperluaskan
sempadan ruang "dunia tempatan" kita kepada dunia global ,Samsudin A.
Rahim(2001).
Pernahkah anda merasakan bahawa
facebook, twitter, Instagram, youtube ,
wechat memberi identiti baru kepada diri sendiri? Apakah yang dimaksudkan
dengan identiti baru?
Pendapat saya , identiti baru boleh
tercipta dalam media baru apabila seseorang individu mengubah identiti diri yang sebenar kepada sifat dan sikap yang
baru ketika menggunakan media ini. Contoh….. seseorang itu sangat pemalu pada
dunia realiti, tapi apabila dia
menggunakan facebook….media sosial telah
memberi peluang untuk kenal ramai kawan dan dia dapat mengurangkan
perasaan malu kerana rakan-rakan di facebook kebanyakannya hanyalah semasa
berada di alam maya.
“In short, we found that the use of
new media technologies to advance social change is very much a work in progress”
(Josh Nelson,2009)
Bukan itu saja, terdapat sesetengah
orang tidak menggunakan nama dan rupa yang sebenar semasa menggunakan media
sosial. Mereka menggunkan nama samaran seperti putera katak ,chanteqq, princess
dan banyak lagi. Malah, ada diantara mereka yang menggunakan muka orang lain
sebagai profile picture dan menghantar dan komen tweet orang lain dengan pelbagai
perasaan seperti marah, cemburu, memuji, mengejek, memfitnah dan banyak lagi.
Pernah atau tidak anda membaca komen- komen macam ini dalam media sosial??
Ni pulak adalah satu game yang
bernama Second Life. Boleh tgk dekat sini https://www.youtube.com/watch?v=aUwD7u7wwcY , kalau ada sesiapa yang tak tengok lagi( ni yang panjang durationnya, nak tengok yang pendek
boleh search dekat youtube)hee
heheehehe
The Avatars in second life game
Apa yang dapat sy faham daripada
video ni adalah.kita boleh create cartoon
yang memang serupa dengan ciri-ciri yang terdapat pada diri sendiri atau create cartoon yang sangat berbeza
dengan diri seseorang itu. Contohnya, pada dunia reality….dia seorang gemuk dan
hodoh, namun dalam second life, dia
seorang yang cantik dan kurus. Dannn ada juga yang mengubah jantina daripada
lelaki kepada perempuan dalam game
ini.
So, new technology..new media offer
you second chance to have a new life!!
Well, this is my
opinion…xoxo..Fazreen aka Erin
Rujukan
Samsudin A. Rahim(2001) : Media dan
Identiti Budaya: Cabaran Media Terhadap Masyarakat Malaysia di alaf ke-21
Josh Nelson (2009) : New Media &
Social Change How Nonprofits are Using Web-based Technologies to Reach their
Goals , www.TheHatcherGroup.com
bagi saya individu yang mempunyai second life is fake person. sebab saya rasa mereka ini tidak mempunyai identiti sendiri dan tidak mempunyai keberanian sebab mencipta individu yang lain di dalam second life. tambahan pula terdapat banyak negatif berbanding positif sperti penipuan dan juga leka dengan dunia maya hingga alpa dengan dunia yang realiti. itu pendapat saya mengenai second life
ReplyDeletesetuju dengan pendapat saudari noratika bahawasanya individu yang mengubah identiti atau yang mempunyai second life adalah palsu.pendapat saya pula mengatakan bahawa golongan sebegini tidak mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi kerana mereka takut untuk berhadapan dengan masyarakat dengan menggunakan identiti mereka yang sebenar.namun begitu terdapat juga pro dan kontra dalam wujudnya identiti baru dalam media baru.
ReplyDeletebetul kata saudari berdua, individu yang mempunyai second life adalah palsu. bagi pendapat saya individu yang mempunyai second life sebenarnya tidak mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan dunia realiti dan disebabkan itu individu tersebut menciptakan kartun untuk dijadikan sebagai second life mereka. kewujudan identiti second life ini mempunyai kesan yang baik mahupun buruk. apa apa pun kita sepatutnya jadi diri kita sendiri. perlu berani berhadapan dengan realiti.
ReplyDeleteBagi saya, individu yang mempunyai akaun Second Life ini pada dasarnya tidak berpuas hati dengan kehidupan sebenar mereka, hal ini demikian kerana mereka cenderung untuk mendaftar dalam Second Life, dan cuba untuk merubah kehidupan mereka sama ada sebagai individu yg sama ataupun sebagai individu yg lain. Jika mereka menjadi individu yg sama di dunia nyata dan Second Life, mereka akan sedikit sebanyak merubah tentang peristiwa yg berlaku dalam kehidupan mereka, seakan mereka merubah takdir. Selain itu, ada juga antara mereka yg pada dasarnya mahu menjadi individu yg lain dlm kehidupan, dan mereka menggunakan permainan Second Life atas tujuan menjadi individu yg lain selain dunia nyata.
ReplyDeleteSaya pun bersetuju dengan semua. Individu ini tidak berpuas hati dengan dirinya sendiri sehinggakan mereka hidup berubah di dua dunia berbeza iaitu alam realiti dan alam maya. Mereka juga tidak mempunyai pendirian yang tetap sehingga boleh berubah di dua dunia yang berbeza. Mereka ini terdiri daripada individu yang tidak berpuas hati dengan rupa fizikal di dunia realiti dan mahu menjadi yang sempurna seperti orang lain di alam maya. Bagi mereka, satu perubahan di alam maya itu boleh mengubah kehidupan mereka di alam realiti juga.
ReplyDeleteBagi pendapat saya, individu yg menggunakan identiti baru ini mempunyai niat dan muslihat yang tersendiri. Mungkin di antara mereka menggunakan identiti palsu untuk 'stalk' sesiapa atau pun lebih suka dirinya tidak dikesan oleh rakan-rakan alam maya walaupun diri sendirinya aktif di alam maya. Namun begitu, bagi saya sendiri saya tidak suka pada individu yg bertindak mencipta kehidupan baru seolah-olah tidak yakin dengan kehidupan realitinya. Dia tidak mempunyai usaha sendiri utk merubah kehidupan realiti kepada kehidupan kedua yang cuba di tayangkan di alam maya mahupun di game.
ReplyDelete