Multicursor - Working In Background Fredzelletech

Pemain tegar permainan atas talian sebagai kerjaya profesional atau penghancur masa depan ?

                                        https://www.youtube.com/watch?v=VrnHJ1Ea6do
Pada pendapat anda adakah pemain tegar permainan atas talian ini mampu bertindak sebagai kerjaya profesional atau penghancur masa depan ?

Seringkali kita mendengar bahawa berbagai bagai jenis permainan atas talian yang ditawarkan kepada semua pengguna masa kini. Dalam video yang dikongsi di atas, kita boleh saksikan bahawa ada sesetengah pemain yang sanggup berkorban wang dan masa demi menjadi pemain tegar seterusnya berusaha untuk mencipta nama. Pada pendapat anda, adakah pemain tegar permainan atas talian ini akan menjadi kan aktiviti mereka sebagai batu loncatan sebagai pemain profesional atau penghancur masa depan kepada mereka yang meminatinya.

Fredzelletech Vlog

Video ini dihasilkan sebagai salah satu tugasan kumpulan bagi subjek SSK 3054 New Technologies Of Human Communication, Video yang dihasilkan oleh kami sendiri ini menekankan mengenai topik Nomophobia, sekaligus mampu untuk menggambarkan realiti kehidupan sekarang. Moga bermanfaat untuk semua penonton dan moga kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang dianggap sebagai fobia ini.




Peringkat Penghasilan Permainan

Adakah anda suka bermain permainan video ataupun lebih dikenali sebagai "games" oleh masyarakat kita. Tapi tahukah andasejarah  di sebalik pembikinan permainan ini? Awal ciptaan adalah berdasarkan ketenteraan dan oleh kerana situ banyak permainan sedia ada ini berasaskan ketenteraan yang merangkumi aspek peperangan dan juga aksi. Terdapat 4 tahap di dalam penghasilan sesuatu permainan ini iaitu development, publishing, licensing dan juga distribution. Entri kali ini saya hanya menyentuh satu aspek utama dalam penghasilan games iaitu aspek development.




Tahap Penghasilan (Development) 
Pada tahap penyelidikan dan juga pembangunan untuk penghasilan sesebuah permainan akan di buat oleh beberapa kelompok individu di dalam menyiapkan permainan. Pada peringkat ini juga terdapat tiga pihak pembangunan yang mempunyai tugasan tersendiri.

Pada peringkat ini juga dimana mereka yang amat meminati permainan ataupun games akan menggunakan segala kreativiti dan seringkali mereka ini merasa teruja dalam melakukan kerja ini. Ini mungkin di dorong oleh faktor minat mereka terhadap permainan video. 




Namun begitu mereka ini seringkali menjadi "pay slave" dimana mereka mendapat bayaran yang sangat rendah di dalam hasil usaha mereka itu dan juga lebih di fahami sebagai "forced workaholism" (Anonymous, 2015).

Terdapat statistik yang menunjukkan bahawa pemain ini adalah dipelopori oleh golongan lelaki berbanding perempuan dimana 56% adalah lelaki dan perempuan hanya 44%. Perbezaan yang tidak begitu jauh dari aspek gender dan purata pemain adalah di dalam lingkungan 35tahun. Jika dilihat dari umur pemain yang tertinggi adalah mereka yang berusia 18 - 35 tahun (Bennet & Miles, 2010).

Rujukan
Anonymous. (2015, May 8). ESA
                     Retrieved from Entertainment Software Association: http://www.theesa.com

Bennet, N., & Miles, S. A. (2010). Your Career Game . Satndford University: Standford University.


Blogging : Social versus Politic

Social
Blogs are relatively easy to create and maintain. Weblogs or blogs are frequently updated webpages in reverse chronological order. Blog post are primarily textual, but they may contain photos, videos or other multimedia content. Blogs portrayed as online diaries or personal journals. The majority of blogs in their sample is 70% were of the personal journal, "online diary" type (Herring et al., 2004). How's about you? Are you prefer blogs as online diary or just want to read other people's blog?

Politic
In the wake of the 11 September, terror attacks and resulting terror war on a global scale, a tide of political activism has risen, with the internet playing an increasingly central role (Kellner, 2003). New web forms such as weblogs and wikis have evolved the internet's hyper textual architecture, even as such online phenomena as hacker culture, terrorism and internet militancy have emerged from the technical fringe to become a central feature of everyday life on the world wide web. 



You choose social blogging or politic blogging? You need to make a right decision. 


References:
Herring, S., Scheidt, L. Bonus, S. and Wright, E. Bridging the Gap : A Genre Analysis of Weblogs. Proceedings 37th Annual HICSS Conference, 2004. Big Island, Hawaii.
Kellner, D. (2003) From 9/11 to Terror War : Dangers of the Bush Legacy. Lanham, MD: Rowman and Littlefield.

BLOG DENGAN KUMPULAN SASARAN MASING-MASING

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin ramai antara kita yang dah mengetahui berbagai jenis blog yang terdapat sekarang, yang lebih memfokuskan kepada kumpulan yang mereka wakili.
Kali ini, saya akan menunjukkan satu contoh blog yang lebih meletakkan wanita yang berpenyakit sebagai sasaran mereka.

Pautan di bawah merupakan alamat bagi kita yang mungkin berminat untuk menjenguk atau melawat blog tersebut. www.rwgdocs.com/blog
RWG ialah singkatan daripada Renaissance Women's Group, blog ini bertujuan untuk pakar 
berhubung dengan pesakit mereka secara atas talian, menyediakan portal kepada pesakit serta membolehkan pesakit membuat temu janji dengan doktor melalui pautan borang temujanji yang disediakan. Blog in berfungsi sebagai Pusat Perkhidmatan Texas Tengah, iaitu di bawah seliaan CTOA, Central Texas OB/GYN Associates.






Ini merupakan laman utama bagi blog tersebut


Berdasarkan kepada soalan yang sedia ada, saya telah menganalisis blog tersebut.

i. Siapakah kumpulan sasaran yang dikhaskan bagi blog tersebut.
Mereka meletakkan golongan wanita yang mempunyai penyakit berkaitan gynecology dan obstetrics sebagai golongan sasaran yang menjadi ahli dalam blog tersebut. Selain itu, blog ini juga menekankan bahawa mereka akan memberikan perkhidmatan sempurna yang merangkumi segala aspek dalam kehidupan seorang wanita, dari peringkat mereka mencapai tahap akil baligh, kepada tahap kehamilan dan seterusnya tahap menopause.






Gambar di bawah ialah gambar mengenai borang menjadi ahli blog dan pesakit,




ii, Siapa yang dibenarkan untuk menjadi ahli dalam blog tersebut, dan bagaimana mereka boleh menjadi sebahagian drpd ahli blog tersebut.
Golongan wanita yang mempunyai masalah kesihatan sekitar Texas menjadi mereka yang diberi keutamaan dalam menjadi ahli blog tersebut, untuk menjadi ahli, blog tersebut menyediakan pautan kepada mereka untuk mendaftar atas talian. Setelah mendaftar, mereka akan secara automatik menjadi pesakit dan boleh mengakses portal pesakit. 






Gambar menunjukkan pautan ataupun blog khas untuk pesakit yang mendaftar.


iii.Bagaimana blog tersebut menangani perbezaan pendapat dan ketidaksetujuan daripada pengguna dan pelawat.
Dalam blog ini, mereka meletakkan satu jenis borang untuk memberikan maklum balas terhadap pihak mereka, selain itu, bahagian pautan untuk tinjauan mengenai perkhidmatan mereka juga disediakan untuk membolehkan sebarang maklum balas dan komen mengenai perkhidmatan mereka dilakukan pengguna dan pelawat.






Rujukan
www.rwgdocs.com/blog




Blog : Hampir kesemua daripada kita memilikinya

      Di Malaysia, blog bukan lagi benda yang asing kerana penggunaannya begitu meluas sehingga lahirnya blogger-blogger terkenal Malaysia. Blog adalah satu medium bagi pengguna untuk mencari info-info, meluahkan perasan, berkongsi pengalaman, berniaga dan sebagainya. Pendek kata, blog boleh digunakan untuk pelbagai fungsi di samping dapat berkenal-kenalan dengan rakan-rakan di alam maya. Terdapat ramai blogger yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia antaranya blog Fatin Liyana, Ben Ahmad, Cik Epal, Irene Marcello,  dan sebagainya.
     Namun blog yang menjadi pilihan kegemaran saya ialah blog Fatin Liyana. Hal ini kerana saya sangat seronok membaca nukilannya yang cukup santai dan bermanfaat. Admin juga menggunakan bahasa yang baik dan kelakar. Gaya penulisannya yang santai kena dengan jiwa remaja saya yang tidak beberapa suka dengan penggunaan ayat skema. Admin juga mesra dengan membalas komen-komen pengikutnya yang ditinggalkan di blognya. Liku-liku kehidupannya sebagai serang pelajar perubatan di Indonesia sehinggalah pulang kembali ke Malaysia di ceritakan dalam blognya secara tidak langsung saya dapat mengetahui bagaimana kehidupan serang pelajar perubatan.
      Tambahan pula, beliau sentiasa mengulas tentang produk-produk kecantikan yang beliau guna sekali gus memberi panduan kepada saya untuk menjaga kecantikan sepertinya. Fatin Liyana juga mencoretkan perjalanannya ke beberapa buah tempat seperti Korea, Indonesia, India dan sebagainya. Secara tidak langsung memberi panduan kepada pelancong mengunjungi tempat-tempat yang disarankan olehnya.


DI SEBALIK CERITA MENGENAI BLOG


     Blog pada awal kemunculannya pada akhir tahun 2002 secara rasminya oleh Google telah memberi platform kepada orang ramai yang gemar menulis secara online. Blog kebiasaannya dimiliki oleh secara perseorangan seperti media sosial lain tetapi turut di gunakan oleh kumpulan atau pertubuhan. Menurut kajian yang dijalankan oleh  Technrati (2006), bilangan pengguna blog di seluruh dunia meningkat sebanyak 32.4 billion sehingga penghujung Mac 2006. Di blog kita dapat meletakkan berbagai-bagai perkara seperti gambar, video, catatan, pautan link, iklan, perkongsian media sosial yang lain, cara untuk menghubungi dan sebagainya. Segala-galanya ada di dalam satu pages.


     Terdapat banyak kegunaan blog yang semakin meluas penggunanya dari ke hari. Antaranya ialah bertujuan untuk berbisnes, berkempen, pengembaraan, menyampaikan ilmu pengetahuan, perkongsian pengalaman dan sebagainya. Namun kebiasaannya pengguna lebih ramai menjadi kan blog sebagai online diary menceritakan kisah-kisah kehidupan mereka dan berkongsi pahit manis dalam mengalami sesuatu perkara. Secara tidak langsung dapat mengumpul pembaca-pembaca yang mempunyai permasalahan atau pengalaman yang sama dengan bertukar-tukar pendapat di bahagian komentar.
      
      Blog yang popular biasanya mempunyai pengikutnya yang sendiri yang sentiasa menantikan admin nya update entri-entri yang baru dan segar. Namun bagi blogger yang mempunyai ramai pengikut ini kebiasaannya akan membuat draft, membuat kajian sebelum menerbitkannya kerana hasil tulisannya itu akan di jadikan rujukan bagi pembaca-pembaca di luar sana dan berbahasa lebih profesional. Antara blogger-blogger terkenal di Malaysia ialah Fatin Liyana, Cik Epal, Ben Ashaari, Maria Elena, Irene Marcello dan sebagainya. Pengikut-pengikut setia blogger ini akan sentiasa mengikuti perkembangan mereka dan mendapatkan info-info terbaru.
  
      Namun begitu, blog juga akan mendatangkan malapetaka jika disalahgunakan. Blog tidak seharusnya digunakan untuk menyebarkan fitnah sehingga boleh di jadikan kes saman seperti kes Papagomo terhadap Dat Seri Anwar Ibrahim. Malah blog-blog hiburan juga dikaitkan dengan fitnah terhadap artis-artis sehingga mendatangkan aib kepada individu-individu terbabit. Seharusnya sebagai blogger yang beretika harus memikirkan rasional dan kebenaran sesuatu entri sebelum menerbitnya supaya tidak mendatang kesan yang buruk pada kemudian hari.



Rujukan:

Rettberg, J. W. (2008). Blogging. UK: Polity Press.                
http://www.academia.edu?6463723/KOMPONEN_2