Jangan jadi Mangsa
AlJazeera Correspondent menyajikan kita sebuah video dgn kehidupan seorg wartawan yg sibuk dan tidak mampu untuk hidup tanpa alat komunikasi.
Persoalannya, adakah anda fikir anda trgolong sebagai seorg yg ketagih dlm menggunakan alat komunikasi ?
Sejauhmana anda bersetuju dgn pendirian anda ?
Menurut Purnomo (2014, seperti
yang dipetik dalam Hornby, 2000) mendefiniskan gajet sebagai alat teknologi
kecil yang mempunyai fungsi tertentu dan sering dikaitkan sebagai salah satu
alat yang berinovasi dan alat yang baru. Selain itu, gajet didefinisikan
sebagai alat teknologi yang mempunyai ciri yang spesifik iaitu alat yang baru.
Dalam sebuah kajian
yang dijalankan di Universiti Maryland, para pelajar diminta untuk tidak
mengakses telefon bimibit mereka selama 24 jam dengan pengawasan oleh pengkaji.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa 50 peratus responden mengaku tidak dapat
menahan diri mereka daripada mengakses telefon dalam masa 24 jam tersebut,
malah ada antara mereka yang berasa cacat.
Dalam kajian yang
dijalankan oleh Mach (2013) sangat sukar manusia pada zaman sekarang untuk
bertahan tanpa menggunakan bantuan alat digital, khususnya mereka yang berkerja
dan berada dalam bidang pendidikan. Beliau menyatakan bahawa peralatan digital
zaman sekarang lebih mudah digunakan, lebih murah dan pada sesuatu tahap para
pendidik lebih memilih untuk mendigitalkan suasana pembelajaran mereka.
Pada pendapat anda,
wajarkah kita sebagai mahasiswa mempraktikkan sistem tidak boleh hidup tanpa
gajet, yakni bergantung terus menerus pada alat digital?
Kita sebagai mahasiswa
dalam bidang Komunikasi telah sedikit sebanyak mempunyai kebergantungan
terhadap ala-alat digital ini, kita seharusnya mempunyai sedikit rasa gerun
dengan keadaan responden dalam video tersebut yang mungkin akan terjadi pada
kita, Tanya diri anda, adakah kerjaya kita kelak sebagai wartawan memerlukan
kita untuk bergantung pada alat digital semata.
Rujukan
Mach, T. (2013).
Distraction Addiction : What Language Educators Ought to Know about Digital's
Media Effect on Human Cognition and Communication. Institute for Languange
and Culture, 81-110.
Purnomo, A.
(2014). Hubungan antara Kecanduan Gajet (Mobile Phone) dengan Empati pada
Mahasiswa. Yogyakarta: Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga.
Sy bukan seorng yg ketagih dengan alat komunikasi dan gadjet . Alat komunikasi hanyalah digunakan untuk berhubung dgn keluarga..mengisi masa lapang dan selalunya digunakan untuk menghilangkan kebosanan.
ReplyDeletesaya bukan seorang yang ketagih dengan gadget. gadget hanya satu keperluan untuk saya berkomunikasi dengan keluarga serta kawan-kawan. pada satu tahap gadget perkara yang boleh melalaikan saya. dan ia juga menyebabkan saya kurang berkomunikasi dengan orang sekeliling. maka dengan itu hilang sifat mesra yang pernah terjalin terdahulu.
ReplyDeleteSay juga bukan seorang yg ketagih dgn gajet. Sy boleh merasakn bahawa nilai kebergantungan sy trhadap gajet amat rendah kerana ,seringkali ketika keluar, sy jarang membawa bersama gajet sy. Sy akan mengelakkan masalah sukar dikesan jika trpisah dgn mengikut mereka yg brgantung dgn gajet dan akan kerap membawa gajet mereka brsama. Pd pandangan sy, asalkn kita tidak meletakkan gajet sebagai keperluan utama, sudah membolehkn sy hidup seperti biasa.
ReplyDeleteikut individu dalam menggunakan gadjet ini sama ada gadjet ini adalah hamba kepada manusia atau manusia yang menjadi hamba kepda gadjet.penggunaan yang melampau akan menyusahkan diri dan juga menjadikan kita seorang yang anti sosial dalam kelompok masyarakat
ReplyDeleteKebergantungan masyarakat pada gadget ataupun alat digital lain semakin hari semakin bertambah. saya sendiri bergantung kepada alat digital untuk melakukan aktiviti harian.jika ditanya sama ada perlunya gadjet dan alat digital dalam kerjaya saya akan datang maka jawapannya adalah ya tetapi tidak seratus peratus.
ReplyDelete