Multicursor - Working In Background Fredzelletech: Implikasi Teknologi Komunikasi

Implikasi Teknologi Komunikasi


Teknologi komunikasi mendatangkan kebaikan atau keburukan?



Menurut Adenan dan Kamaliah (2002), perkembangan dan pertumbuhan teknologi komunikasi-informasi baru yang mencantumkan bidang komputer, telekomunikasi dan penyiaran telah mengubah cara mengurus dan menjalani kehidupan seharian. Seperti yang kita lihat pada masa kini, terdapat segelintir pengguna teknologi ini menyalahgunakan teknologi ini dimana mereka menggunakannya untuk melakukan jenayah siber dan sebagainya. Akan tetapi terdapat segelitir juga menggunakan teknologi ini dengan penuh manfaat, contohnya di universiti yang menggunakan pelbagai kemudahan teknologi sebagai satu medium pembelajaran.

Menurut John Naisbitt yang merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli perniagaan ini, bahawa kesan pertumbuhan teknologi komputer dan teknologi komunikasi-informasi akan membawa kepada penyaluran maklumat yang lebih pesat. Maklumat yang disampaikan tidak semestinya tepat dan betul, tetapi medium ini digunakan untuk menyampaikan maklumat untuk menjaga kepentingan sesetengah pihak sahaja.





Klip video hudud: Polis siasat BFM, ugutan
KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat stesen radio BFM berhubung penyiaran klip video kontroversi bertajuk "Hudud Isi Periuk Nasi" yang menampilkan seorang penyampai wanita baru-baru ini. Ini antara penyalahgunaan teknologi komputer dan komunikasi-informasi

7 comments:

  1. Video yang menjadi viral baru-baru ni cukup memberi tamparan hebat buat umat Islam khususnya di Malaysia. Tindakan Aisyah Tajudin yang menyalahgunakan teknologi untuk mempersendakan hukum hudud memang patut dikritik dan sepatutnya diambil tindakan. Pihak BFM seharusnya sedar penghasilan video itu boleh membawa ancaman ketidaktenteraman kerana perlakuannya dalam video tersebut menyindir undang-undang hudud yang cuba dilaksanakan di Kelantan. Namun saya tertarik dengan teguran yang dilakukan ole PU Rahmat untuk membidas kata-kata Aisyah Tajudin dengan menggunakan video juga. Di sini kita dapat melihat manusia mempunyai pilihan dalam menggunakan teknologi untuk berkomunikasi. Ada yang menggunakan untuk tujuan sia-sia, berseronok dan juga berdakwah. Jikalau kita salah menggunakannya, terimalah akibatnya nanti kerana kuasa internet kini memang tiada batasan. Dengan hanya mengklik butang Upload, Like, Share, Retweet, Repost, satu dunia boleh berkongsi dan melihatnya.

    ReplyDelete
  2. Dunia teknologi maklumat hanyalah di hujung jari dan jangan hanya kerana terlalu obsess dengan media sosial menyebabkan maruah dan diri rosak. Bukan itu sahaja, sebelum memberikan komen atau pndapat haruslah berfikir dahulu spy tidak mendatang kemarahan orang lain

    ReplyDelete
  3. Bagi sy, kebebasan pengguna dlm menggunakan teknologi komunikasi amat membimbangkn. Hal ini demikian kerana kebebesan yg dianggap sbgi menyeluruh ini dilihat mampu menimbulkn kesan buruk jika tidak ditangani. Penyebaran secara viral ke seluruh dunia untuk berita yg palsu dan perbuatan yg tidak bretika mempu untuk menggangu gugat keselamatan negara. Pelaksanaan Akta yg berkaitan harus diketatkn dan dilaksanakn sekiranya kita masih menginginkn masyrakat yg bebas dan sihat akalnya.

    ReplyDelete
  4. video yang diviralkan baru-baru ini banyak menimbulkan rasa marah dan kekecewaan rakyat malaysia terutama yang beragama islam. kebebasan pengguna dalam media sangat membimbangkan kerana sekarang semakin berleluasa. selain itu juga mereka mengeluarkan sesuatu berita atau maklumat bukanlah berdasarkan fakta , dan hanyalah berdasarkan pemikiran mereka yang belum tentu betul atau tidak. dan mereka juga suka mengandaikan perkara yang sedang berlaku tanpa ada bukti yang kukuh. perbuatan ini boleh menyebabkan keselamatan negara tergugat malah bukan itu sahaja , ia juga boleh menyebabkan berlaku perselisihanfaham antara kaum yang ada di malaysia.

    ReplyDelete
  5. penyalahgunaan media sosial seperti ini sudah tentu memberi implikasi yang negatif. oleh itu penggunaan yang bijak dapat mengelakkan diri dari dikecam seperti apa yang terjadi terhadap Aisha. penggunaan tanpa mengira aspek sensitif dari segi keagamaan, budaya, kepercayaan dan lain-lain tentu saja akan mengundang musibah jika salah di aplikasikan . jadi lah pengguna media yang bijak ya.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Kehadiran media sosial membawa kepada perubahan ke arah penyertaan masyarakat secara dalam talian.Penggunaan media sosial yang mudah diakses antara kelebihannya. Hal ini disebabkan aplikasi terdapat di media sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat hingga terlupa pada masa sama mampu memberi kesan negatif terhadap gaya hidup.Kesan penggunaan media sosial yang meluas menyebab­kan fitnah mudah berlaku. hal ini boleh menjadi lebih serius terutama dengan kewujudan keyboard warrior yang semakin berleluasa sekarang.

    ReplyDelete