Multicursor - Working In Background Fredzelletech: Peringkat Penghasilan Permainan

Peringkat Penghasilan Permainan

Adakah anda suka bermain permainan video ataupun lebih dikenali sebagai "games" oleh masyarakat kita. Tapi tahukah andasejarah  di sebalik pembikinan permainan ini? Awal ciptaan adalah berdasarkan ketenteraan dan oleh kerana situ banyak permainan sedia ada ini berasaskan ketenteraan yang merangkumi aspek peperangan dan juga aksi. Terdapat 4 tahap di dalam penghasilan sesuatu permainan ini iaitu development, publishing, licensing dan juga distribution. Entri kali ini saya hanya menyentuh satu aspek utama dalam penghasilan games iaitu aspek development.




Tahap Penghasilan (Development) 
Pada tahap penyelidikan dan juga pembangunan untuk penghasilan sesebuah permainan akan di buat oleh beberapa kelompok individu di dalam menyiapkan permainan. Pada peringkat ini juga terdapat tiga pihak pembangunan yang mempunyai tugasan tersendiri.

Pada peringkat ini juga dimana mereka yang amat meminati permainan ataupun games akan menggunakan segala kreativiti dan seringkali mereka ini merasa teruja dalam melakukan kerja ini. Ini mungkin di dorong oleh faktor minat mereka terhadap permainan video. 




Namun begitu mereka ini seringkali menjadi "pay slave" dimana mereka mendapat bayaran yang sangat rendah di dalam hasil usaha mereka itu dan juga lebih di fahami sebagai "forced workaholism" (Anonymous, 2015).

Terdapat statistik yang menunjukkan bahawa pemain ini adalah dipelopori oleh golongan lelaki berbanding perempuan dimana 56% adalah lelaki dan perempuan hanya 44%. Perbezaan yang tidak begitu jauh dari aspek gender dan purata pemain adalah di dalam lingkungan 35tahun. Jika dilihat dari umur pemain yang tertinggi adalah mereka yang berusia 18 - 35 tahun (Bennet & Miles, 2010).

Rujukan
Anonymous. (2015, May 8). ESA
                     Retrieved from Entertainment Software Association: http://www.theesa.com

Bennet, N., & Miles, S. A. (2010). Your Career Game . Satndford University: Standford University.


7 comments:

  1. saya hanya tahu bermain permainan video ini namun tidak mengetahui bahawa melalui permainan ini ianya mampu menjana pendapatan dan juga dipergunakan. mungkin sukar untuk membina sesuatu permainan namum atas sebab minat terhasilnya permainan video. sebab itu ada orang yang mengatakan semasa bermain, main betul-betul.

    ReplyDelete
  2. Sudah semestinya penghasilan permainan ini memerlukan tenaga pakar dalam merealisasikannya. Tetapi, tidak bermakna mereka yang tidak berada dalam jurusan Teknologi Maklumat tidak mampu untuk menjadi pakar dalam bidang ini. Tidak dapat dinafikan bahawa, kaum lelaki lebih menjurus kepada bidang ini, namun, perempuan juga tidak terkecuali. Jika kita berkehendak untuk melakukan sesuatu yang kita minati, kita akan tetap mencuba untuk merealisasikan impian kita,

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. saya pernah membaca beberapa kejayaan pembuat permainan ini. Malah, kebanyakan pembuat permainan ini mendapat pendapatan yang lumayan kerana berjaya mencipta games yang diminati ramai . ada diantara mereka yang menjadi rebutan syarikat besar seperti facebook, google dan iphone.

    ReplyDelete
  5. sememangnya saya kurang ada pengetahuan berkaitan dengan permainan video ini. terlalu rumit untuk menghasilkan sesuatu permainan kerana terdapat banyak peringkat, hanya mereka yang betul-betul profesional boleh menghasilkan sesuatu yang rumit sebegini. bagi mereka yang berada dalam bidang IT ini merupakan satu bonus bagi mereka tetapi tidak semestinya mereka yang tidak mempunyai jurusan IT tidak boleh mencipta permainan ini malah mereka juga boleh menghasilkannya. seringkali permainan video ini dikaitkan dengan kaun adam namun tidak ketinggalan juga kaum hawa , ada juga yang meminatinya

    ReplyDelete
  6. Secara globalnya, ia merupakan suatu bidang industri yang menyumbangkan berbillion dolar dan berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan. seperti yang dapat kita lihat masyarakat daripada pelbagai peringkat umur pada zaman ini tidak dapat hidup tanpa permainan. ada mudah alih atau komputer.dari masa ke semasa ada sahaja permainan baru dicipta untuk kepuasan pengguna.

    ReplyDelete
  7. Bagi saya, pencipta games mampu menjana pendapatan yang besar tapi bukan kepada pemain profesionalnya. Pencipta games mengerah idea, mengaplikasikan perisian sepenuhnya dan mendapat keuntungan besar apabila dipasarkan di App Store dan Google Play Store. Saya amat kagum dengan pencipta games kerana prosesnya agak rumit namun segalanya mungkin apabila wujudnya minat. Tidak terhad dengan games sahaja, aplikasi-aplikasi yang popular di muat turun di peranti juga memberikan pulangan cukup besar jika ia diminati oleh ramai orang.

    ReplyDelete